MINIT MESYUARAT AGONG PERTUBUHAN IKATAN KASIH KELUARGA MOHD SHAH (IKASHAH)
BILANGAN 1 TAHUN 2011
Tarikh : 27 MAC 2011
Masa : 10.00 pagi
Tempat: Pusat Pendidikan Al-Irshad, Batu 10, Jalan Labu
71900 Seremban
Negeri Sembilan
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Ucapan Presiden Pertubuhan Ikatan Kasih Keluarga Mohd Shah (Ikashah)
1.1.1 Pengerusi melafazkan kesyukuran dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli-ahli ke mesyuarat agong kali pertama ini walaupun bilangan yang hadir tidak seperti yang diharapkan . Seterusnya pengerusi mengucapkan selamat kembali kepada Imam Ismail dan isteri yang baru saja pulang dari menunaikan umrah.
1.1.2 Pengerusi juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi keizinan kepada pertubuhan mengadakan mesyuarat kali ini dan menyatakan hasrat untuk terus membantu membangunkan serta memberi sumbangan kepada pihak sekolah dari masa ke semasa.
Makluman
1.1.3 Pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas dan semua pihak yang terlibat menjayakan mesyuarat ini dan berharap mengefisyenkan lagi serta penambahbaikkan dalam mesyuarat akan datang.
Makluman
1.1.4 Pengerusi mengingatkan kepada semua ahli yang hadir supaya mengisi borang keahlian dan menjelaskan bayaran pendaftaran keahlian sebanyak RM10.00 .
Makluman
1.1.5 Pengerusi menjelaskan antara aktiviti yang akan dijalankan adalah untuk :
i. Merapatkan siratulrahim antara semua ahli Ikashah melalui pelbagai aktiviti yang telah dan akan dijalankan.
ii. Kempen penambahan ahli yang akan dijalankan secara besar-besaran melalui satu Jawatankuasa Penerangan dan Kempen Menambah Ahli yang telah pun dilantik dan berharap aktiviti ini dapat dijalankan dengan kadar segera dan Jawatankuasa yang terlibat perlu melakukannya dengan serius.
En.Abdul Ghani
1.1.6 Pengerusi menjelaskan kiranya korum mencukupi pada hari ini, maka beberapa pindaan undang- undang kan dibuat, Antara yang dicadangkan untuk dipinda adalah ;
-Yuran Tahunan sebanyak RM 60.00 ke jumlah yang dipersetujui nanti
-Bilangan Exco yang seramai 17 orang akan
dikurangkan memandang kuantiti tidak melambangkan kualiti maka perlu dikurangkan tetapi kualiti ditingkatkan.
Makluman
1.2 Pengerusi seterusya mengingatkan semua ahli supaya sentiasa berusaha untuk memainkan peranan yang pro aktif dalam menjadikan pertubuhan ini satu pertubuhan yang disegani dan memberi banyak manfaat kepada generasi yang akan datang
Semua ahli
1.3 Pengerusi seterusnya memaklumkan beberapa program telah pun dirancang dan diatur untuk ahli-ahli, antaranya adalah Program Penjagaan Kesihatan dan juga Kursus Mendidik Anak Cemerlang yang mana Kertas Cadangan telah pun disiapkan oleh Pn.Maznah Manan.
Makluman
1.4 Seterusnya Pengerusi berharap Pertubuhan ini akan dapat mencapai matlamat penubuhannya dan akan dapat menarik lebih ramai ahli dari keenam enam keluarga.
Semua Exco
1.5 Pengerusi juga meminta ahli- ahli Melihat kembali apa yang telah dijalankan sepanjang tahun 2007 hingga sekarang dan fikirkan apa yang perlu untuk tahun- tahun yang akan datang .
Makluman
1.6 Pengerusi seterusnya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang telah mengembeling tenaga dan wang ringgit sehingga pertubuhan ini berjaya didaftrakan dengan rasminya .
Makluman
2.0 PEMBENTANGAN LAPORAN DAN AKTIVITI- AKTIVITI IKASHAH DALAM TEMPOH TAHUN 2007 SEHINGGA 2010
Sila rujuk edaran.
Mesyuarat menerima maklum laporan yang dibentang
3.0 PEMBENTANGAN PENYATA KIRA-KIRA SEHINGGA 2010
Sila rujuk edaran
Mesyuarat meluluskan pembentangan penyata kira- kira yang dibentangkan.
4.0 PERLANTIKAN AHLI EXCO BAGI TAHUN 2011 -2012
Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan perlantikan berikut:
4.1 Presiden: Tn Haji Mokhtar bin Harun
4.2 Timbalan Presiden : En. Mohamad Amini bin Kasani
4.3 Setiausaha : Pn Maznah binti Manan
4.4 Penolong Setiausaha : En. Md Yasin bin Ahmad
4.5 Bendahari : En.Abdul Kadir bin Musa
4.6 En.Hariffin bin Omar mencadangkan supaya 12 Exco dalam jawatankuasa penaja dilantik semula . Cadangan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat dengan penggantian beberapa Exco yang baru seperti berikut :
Keluarga Rahman
1. Saifuddin bin Hj Mohd Maulup
2. Zainal bin Mulop
Keluarga Kiah
1 En. Zulfalkar Omar
2. En.Harifin bin Omar
Keluarga Hj Mohd Sidi
1. Tn.Hj Latif bin haji Mohammad
2. Ibrahim bin Hj.Md Masri
Keluarga Sulaiman
1. Aminuddin bin Yaacob
2. Abd Ghani bin Tahar
Keluarga Hj Abdul Samad
1 Ismail bin Samat
2 Sulaiman bin Abdullah
Keluarga Kamariah
1 Rosni binti Alias
2 Norazmah bte Abd Bar
5.0 PERLANTIKAN 2 ORANG PEMERIKSA KIRA-KIRA UNTUK SELAMA 3
TAHUN
Mesyuarat telah bersetuju untuk melantik 2 orang berikut sebagai pemeriksa Kira- kira:
1. Abdul Karim bin Samat
2. Norzihan bin Hj Maulup
6.0 BIRO PENERANGAN DAN KEMPEN PERTAMBAHAN AHLI
Pembentang : Tn.Haji Mokhtar bin Harun
Syor: Ahli mesyuarat pada hari ini adalah dimohon supaya penubuhan Biro ini diluluskan.
Mesyuarat meluluskan penubuhan biro ini .
7.0 PENUBUHAN BIRO PEMBANGUNAN KELUARGA
Pembentang :Tn.Haji Mokhtar bin Harun
Syor: Ahli mesyuarat pada hari ini adalah dimohon supaya penubuhan Biro ini diluluskan.
Mesyuarat meluluskan kertas cadangan tersebut.
8.0 MELULUSKAN PROGRAM UKHUWAH DAN SIRATURRAHIM
Pembentang : Tn Haji Mokhtar bin Harun
Syor: Ahli mesyuarat pada hari ini adalah dimohon supaya program ini diluluskan.
Mesyuarat meluluskan kertas cadangan tersebut
9.0 SERTA PROGRAM DWI TAHUNAN BAGI TAHUN 2011
Pembentang : En.Abdul Kadir bin Musa
Syor: Ahli mesyuarat pada hari ini adalah dimohon supaya program ini diluluskan.
Mesyuarat meluluskan program tersebut
10.0 MELULUSKAN PEMBUKAAN AKAUN MAYBANK NILAI.
Pembentang : Tn Haji Mokhtar bin Harun
Syor: Ahli mesyuarat pada hari ini adalah dimohon supaya perkara ini diluluskan.
Mesyuarat meluluskan cadangan tersebut
11.0 MELULUSKAN PEMBUKAAN AKAUN BANK ISLAM ,NILAI
Pembentang : Tn Haji Mokhtar
Syor: Ahli mesyuarat pada hari ini adalah dimohon supaya perkara ini diluluskan
Mesyuarat meluluskan cadangan tersebut
12.0 MEWUJUDKAN JAWATAN PENGURUS EKSEKUTIF
Pembentang : Pn.Maznah binti Manan
Syor: Ahli mesyuarat pada hari ini adalah dimohon supaya perkara ini diluluskan
Mesyuarat meluluskan cadangan tersebut
13.0 PERBINCANGAN DAN MELULUSKAN PINDAAN UNDANG-
UNDANG TUBUH IKASHAH
Tidak dapat dilaksanakan kerana tidak cukup korum
Ditangguhkan ke satu mesyuarat khas yang akan diadakan dalam waktu terdekat
14.0 BIRO PEMBANGUNAN KELUARGA
Ditangguhkan pembentangan kerana kertas cadangan tidak dapat disiapkan
15.0 BIRO PERPUSTAKAAN IKASHAH
Pembentang : Tn Haji Mokhtar bin Harun
Mesyuarat meluluskan cadangan tersebut
16.0 MELULUSKAN RAYUAN DERMA IKHLAS,SUMBANGAN
IKHLAS, SEDEKAH SERTA ZAKAT BAGI MENAMPONG PERBELANJAAN PENGURUSAN PENTADBIRAN IKASHAH
Pembentang : Tn Haji Mokhtar bin Harun
Mesyuarat menerima meluluskan cadangan tersebut
17.0 MEMBINCANGKAN CADANGAN LOGO (LENCANA) IKASHAH
Mesyuarat bersetuju memilih logo yang dicadangkan
18.0 MEMBINCANGKAN KERTAS KONSEP MOTIVASI KHAS
MENDIDIK ANAK CEMERLANG
Pembentang : Pn. Maznah binti Manan
Mesyuarat menerima kertas konsep tersebut
19.0 BIRO PELAKSANAAN DAN PENUBUHAN TABUNG KEBAJIKAN IKASHAH
Pembentang : Tn Haji Mokhtar bin Harun
Mesyuarat menerima kertas cadangan tersebut dan aka dibincang secara terperinci dalam mesyuarat exco yang akan datang.
20.0 BIRO EKONOMI IKASHAH
Pembentang : Tn Haji Mokhtar bin Harun
Mesyuarat menerima cadangan tersebut dan akan dibincangkan lebih lanjut dalam mesyuarat exco yang akan datang
21.0 PENUBUHAN SYARIKAT SDN BERHAD (AKTA SYARIKAT,1965) (AKTA 125)
Pembentang : Tn Haji Mokhtar bin Harun
Mesyuarat memutuskan supaya cadangan ini ditangguhkan sehingga pertubuhan ini benar- benar mantap dan tumpuan perlu diberi kepada penambahan keahlian terlebih dahulu.
22.0 PENUBUHAN KOPERASI BHD (CO-OPEATIVE SOCIETIES ACT 193,ACT 502)
Pembentang : Tn Haji Mokhtar bin Harun
Mesyuarat memutuskan supaya cadangan ini ditangguhkan sehingga pertubuhan benar- benar mantap dan sementara waktu tumpuan harus diberikan untuk peningkatkan aktiviti dalam kalangan ahli supaya dapat membantu kewangan pertubuhan
23.0 HAL- HAL LAIN
23.1 Pengerusi meminta persetujuan mesyuarat untuk menukar alamat pertubuhan ke alamat setiausaha yang baru untuk memudahkan segala urusan surat menyurat. Alamat yang dicadangkan adalah : No 439, Taman England, Jalan Sikamat, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
Keputusan: Ahli Mesyuarat bersetuju sebulat suara,
Setiausaha
23.2 En.Maulud mencadangkan supaya diadakan aktiviti taaruf antara semua ahli supaya saling kenal mengenali antara satu sama lain dan seterusnya mencadangkan supaya jamuandwi tahunan kali ini diadakan di Pusat Pendidikan Al Irshad
En.Khalid bin Musa
23.3 En. Mohamad Amini bin Kasani mencadangkan supaya sebuah peti cadangan disediakan di alamat baru pertubuhan bagi memudahkan ahli-ahli memberi cadangan dan pandangan
Setiausaha
23.4 En. Mohamad Amini bin Kasani mencadangkan supaya tabung yang bakal diwujudkan digabungkan dengan biro ekonomi dan sebarang pengeluaran mestilah atas permohonan dari ahli. Beliau juga mencadangkan apabila tabung telah mempunyai dana yang mencukupi, maka diharap ahli-ahli boleh memohon untuk membuat pinjaman untuk memulakan perniagaan dan pinjaman ini mesti dibayar balik kepada pertubuhan.
23.5 Tn.Hj Maulup bin Ahmad mencadangkan supaya di masa- masa akan datang,surat panggilan mesyuarat hendaklah disertakan dengan borang jawapan samada hadir atau sebaliknya.
Setiausaha
23.6 En. Zainal bin Mulof mencadangkan supaya lebih ramai lagi dijemput untuk mesyuarat agong yang akan datang.
JK Penambahan Ahli
23.7 Tn.Hj Ismail bin Samat mencadangkan supaya setiap keluarga mengambil lagkah untuk mengadakan mesyuarat keluarga asing- masing dan sebagai langkah permulaan, beliau mencadangkan keluarga Hj Samad akan memulakan langkah tersebut.
JK Penambahan Ahli
23.8 Pengerusi menegaskan,kiranya selepas ini masih tiada sambutan maka pertubuhan ini akan dibubarkan dan segala usaha selama ini akan menjadi sia- sia. Justru, beliau berharap semua pihak akan sama- sama mengembeling tenaga untuk menjadikan misi dan visi pertubuhan ini satu kenyataan.
23.9 Kutipan derma pada hari ini adalah sebanyak RM263.OO
Mesyuarat ditangguhkan jam 1.55 petang.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
………………………… ……….……………………
MAZNAH MANAN MOKTHAR BIN HARUN