Saturday, September 11, 2010

Keluarga Mat Shah Undang undang Pertubuhan


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

UNDANG-UNDANG


 

BAGI


 


 

PERTUBUHAN IKATAN KASIH KELUARGA MOHD SHAH(IKASHAH)


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

UNDANG-UNDANG BAGI PERTUBUHAN


 


 

PERTUBUHAN IKATAN KASIH KELUARGA MOHD SHAH (IKASHAH)

..................................................................................................................

(NAMA PENUH PERTUBUHAN)


 


 

KANDUNGAN

FASAL 1 . . NAMA

FASAL 2 . . TEMPAT URUSAN

FASAL 3 . . BENDERA, LAMBANG, LENCANA

FASAL 4 . . TUJUAN/MATLAMAT

FASAL 5 . . KEAHLIAN

FASAL 6 . . BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

FASAL 7 . . PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

FASAL 8 . . MESYUARAT PERWAKILAN

FASAL 9 . . EXCO

FASAL 10 . . KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

FASAL 11 . . KEWANGAN

FASAL 12 . . PEMERIKSA KIRA-KIRA

FASAL 13 . . PEMEGANG AMANAH

FASAL 14 . . TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

FASAL 15 . . PENASIHAT/PENAUNG

FASAL 16 . . LARANGAN

FASAL 17 . . PINDAAN UNDANG-UNDANG

FASAL 18 . . PEMBUBARAN


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

UNDANG-UNDANG BAGI


 


 

PERTUBUHAN IKATAN KASIH KELUARGA MOHD SHAH(IKASHAH)

...............................................................................................


 

FASAL 1    NAMA

Pertubuhan ini dikenali dengan nama


 

PERTUBUHAN IKATAN KASIH KELUARGA MOHD SHAH (IKASHAH)


 

    Selepas ini disebut Pertubuhan.


 

FASAL 2    TEMPAT URUSAN

Alamat tempat urusan pertubuhan ialah BATU 11, KAMPUNG PULAU, 71900, LABU, NEGERI SEMBILAN. (Alamat Lengkap)

atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Exco; dan alamat untuk surat menyurat ialah

BATU 11, KAMPUNG PULAU, 71900, LABU, NEGERI SEMBILAN.
Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.


 


 

FASAL 3    BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

  1. Tiada.


 


 

FASAL 4    TUJUAN/MATLAMAT

  1. Menjalankan aktiviti keagamaan
  2. Menubuhkan sekolah tahfiz.
  3. Menubuhkan Rumah Anak Yatim dan Orang Tua
  4. Membangun ekonomi ahli-ahli.
  5. Menjaga kebajikan am ahli-ahli.
  6. Memberi bantuan kepada pihak yang memerlukan.
  7. Menjalankan kerja-kerja kebajikan untuk masyarakat.


 


 


 


 

FASAL 5    KEAHLIAN


 

  1. Keahlian terbuka kepada ahli keluarga dari keturunan Hj Mohd Shah bin Tengku Saleh yang berumur 18 tahun ke atas dan yang mempunyai pertalian darah dengannya melalui ikatan perkahwinan atau melalui proses anak angkat secara sah.


     

  2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Exco untuk diluluskan.


 


 

  1. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulanan pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli.


 


 


 


 

FASAL 6    BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

  1. Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut :

    Bayaran pendaftaran ahli RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja).


     

    Yuran tahunan RM 60.00 (Ringgit Malaysia Enam Puluh Sahaja).            

  1. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari dalam tempoh 3 bulan pertama setiap tahun.


 

  1. Ahli yang tertunggak yurannya lebih daripada setahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh Setiausaha atau wakilnya, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga tungakn yuran ahlinya dijelaskan.


 

  1. Ahli yang tidak menjelaskan tunggakan yuran ahli sebanyak melebihi 3 tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Exco boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan yurannya terlebih dahulu.


 


 

  1. Sumbangan khas atau kutipan ikhlas daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut pada bila- bila masa dengan persetujuan Excoi.


 


 

FASAL 7    PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

  1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala tunggakan yurannya.


 

  1. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagai mana yang difikirkan munasabah oleh Exco. Sebelum Exco memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.


 


 

FASAL 8    MESYUARAT AGUNG

  1. Pengelolaan pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah exco, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.


 

  1. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditettapkan oleh Exco; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.


 

  1. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Exco. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah:


 

  1. menerima laporan Exco berkenaan perjalanan Pertubuhan di dalam tahun lalu;
  2. menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu;
  3. memilih ahli-exco dan pemeriksa kira-kira untuk 3 tahun akan datang; dan
  4. menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.


 

  1. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.


 

  1. Mesyuarat Agung khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:


 

  1. bila difikirkan mustahak oleh exco, atau
  2. atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.


 

  1. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.


 

  1. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.


 

  1. Fasal 8 (1) dan 8 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.


 

  1. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.


 


 

FASAL 9    EXCO

  1. (a)     Satu Exco seperti berikut yang dinamakan Pegawai-pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Tahunan Perwakilan:


 

        Seorang Presiden

        Seorang Timbalan Presiden

        Seorang Setiausaha

        Seorang Penolong Setiausaha

        Seorang Bendahari

        12 orang Exco Biasa


 

  1. Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.


 

  1. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula setiap tiga (3) tahun.


 

  1. Fungsi Exco ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Exco seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mensyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Exco mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Exco hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.


 

  1. Exco hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang exco bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat exco pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan exco hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.


 

  1. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Exco dan mesyuarat tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-exco secara pengedaran surat sekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Exco boleh dianggap sebagai telah diterima:


 

  1. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap exco;
  2. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan exco mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan
  3. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang diperolehi melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Exco berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.


 

  1. Exco yang gagal menghadiri Mesyuarat Exco tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Exco Pusat.


 

  1. Jika seorang exco meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Exco melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.


 

  1. Exco boleh memberi perintah kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan-urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Exco atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.


 

  1. Exco boleh menubuhkan Exco kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang exco.


 


 

FASAL 10    KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

  1. Presiden, dalam tempoh memegang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Exco dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari .


 

  1. Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaannya atau atas alasan masalah kesihatan dan lain-lain alasan yang dipersetujui oleh semua exco sehingga presiden kembali .


 


 

  1. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Exco. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Presiden dan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan, 1966.


 

  1. Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.


 


 

  1. Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Presiden dan Setiausaha.


 

  1. Exco Biasa hendaklah membantu Exco dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.


 


 

FASAL 11    KEWANGAN

  1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam undang-undang ini, wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.


 

  1. Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM500 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Exco. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.


 

  1. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangan 3/3 dari jawatan di antara Presiden, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Presiden, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Exco melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.


 

  1. Perbelanjaan yang lebih daripada RM 30,000 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Exco, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 100.000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 30,000 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha dan Bendahari dan disahkan oleh sekurang-kurangnya 3 orang ahli exco.


 

  1. Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.


 

  1. Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.


 


 

FASAL 12    PEMERIKSA KIRA-KIRA

  1. Dua orang yang bukannya Pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Tahunan sebagai Pemeriksa kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama tiga (3) tahun dan boleh dilantik semula.


 

  1. Pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden mengaudit kira-kira Pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Exco.


 


 

FASAL 13    PEMEGANG AMANAH

  1. Tiga orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung, dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan. Semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan akan dimanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).


 

  1. Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hak milik harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung Pertubuhan.


 

  1. Seseorang Pemegang Amanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana lain sebab yang mengakibatkan ia tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pemecatan seseorang Pemegang Amanah maka kekosongan itu boleh dipenuhkan oleh Pemegang Amanah yang baru yang dilantik di dalam mesyuarat agung.


 

FASAL 14    TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

  1. Di antara berlansungnya mesyuarat agung, Exco boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Exco, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang.


 

  1. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Exco terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.


 


 

FASAL 15    PENASIHAT/PENAUNG

    Exco boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang-orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.


 


 

FASAL 16    LARANGAN

  1. Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker's game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib;


 

  1. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definisi dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959;


 

  1. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Exco atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan;


 

  1. "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.


 

FASAL 17    PINDAAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari daripada tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.


 


 

FASAL 18    PEMBUBARAN

  1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.


 

  1. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.


 

  1. Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.


 


 


 


 


 


 

......................................... ...........................................

Presiden                  Setiausaha


 

Nama: ....................................... Nama: ........................................

No comments:

Post a Comment